Sastra Untuk Silaturrahmi Antar Bangsa, Persaudaraan, dan Perdamaian ! Happy Reading !

Resensi Suriati Munal

0

 



Nama buku

: Biar Susah Asal Lillah, Biar Susah Asal Berkah

Penulis

: Dwi Suwiknyo

Muka surat

: 275

Penerbit

: Puteh Press

Tahun terbit

: 2022

Cetakan

: Kedua

ISBN

: 9-789673-695836

Pengulas

: Suriati Munal

Terlalu banyak perkara dalam dunia ini tidak mampu dicapai oleh semua orang dengan segera. Hal ini disebabkan karena, setiap manusia ada limitasinya ataupun hadnya dalam mendapatkan sesuatu perkara. Dalam menginginkan keseluruhan ini, ada ketikanya seseorang harus menempuh sedikit ujian sehingga membentuk karakter yang amat hebat dan mengakibatkan tubuh semakin kesakitan. Tidak cukup itu, kecederaan terhadap emosi juga semakin bertambah-tambah apabila mulai diserang oleh peluru nista daripada masyarakat yang tidak memahami penderitaan seseorang yang tengah hanyut ditenggelami oleh kesengsaraan.

Kesakitan ini, sekiranya ditanam sehingga mengakar, ia akan mengganggu dan memproses tekanan-tekanan yang akan memenuhkan lagi kotak permasalahan. Padahal, ada hal yang lebih penting untuk difikirkan dalam memperbaiki gerak kehidupan yang dilihat bagaikan samar-samar tanpa arah tujuan.

Buku karangan Ustaz Dwi Suwiknyo dari Indonesia ini tepat hadir menjawab kemusykilan hidup yang berlegar-legar di persekitaran kita. Judul buku penulis ini agak menarik kerana menampilkan dua sisi tajuk yang berlainan iaitu, Biar Susah, Asal Lillah dan Biar Susah, Asal Berkah.

Permulaan membuka bagian ini, banyak sekali lampiran tajuk yang membuka luas mata hati kita. Terdapat kandungan yang mengetuk pintu hati pembaca mengenai kesempitan hidup yang kerap kali dikeluhkan oleh setiap orang pada setiap masa, yang mana penulis sebenarnya mahu manusia membina keyakinan kepada Tuhan yang ada membantu di sebalik kepayahannya. Untuk inilah, penulis menitipkan pesan bahwa adalah penting bagi manusia untuk menilai kebaikan ataupun hikmah yang tersimpan di sebaliknya. Ini adalah supaya seseorang itu tidak sekadar melihat kesusahan tersebut sebagai alat penyeksaan tetapi melihat akan kebaikan yang bakal diterima. Meski agak sedikit namun nilainya lebih agung.

Pada bagian kedua pula, Biar Susah Asal Berkah, tidak kurang bedanya seperti tajuk yang pertama. Topik yang hampir serupa, tetapi menuju ke arah yang sama. Penulis mengajak sekalian pembaca agar mengutamakan keberkahan di sebalik mata pencarian walaupun nikmat hidup tidak semewah seperti orang yang memiliki segala-galanya. Keberkahan dalam seluruh tindakan itu adalah keuntungan paling besar bagi seorang hamba yang perlahan-lahan istiqomah dalam berusaha.

Lain daripada itu, kebanyakan penulis telah memuatkan contoh-contoh watak manusia yang asal hidupnya hanyalah biasa-biasa saja, akan tetapi dalam paparan buku ini kita dapat menggali teladan dan menyaksikan sendiri bagaimana mereka mampu meraih kemenangan di pengakhiran jalan kerana meletakkan Maha Pencipta sebagai benteng kekuatannya.

Sifat manusia dilahirkan sebagai individu yang tidak pernah sesekali mencapai kepuasan. Namun demikian, jiwa akan sukar menemui ketenangan jikalau terus mengejar cinta terhadap material, uang, pangkat dan nama semata-mata.

 Maka dari itu, ia wajar di ubah mengikut kebijaksanaan akal dan etika kita dalam mengawal serta menyelaraskannya. Buku ini juga mengingatkan kita agar tidak mengabaikan permintaan doa dan tidak berputus asa memohon pertolongan dari pada dia yang mengatur masa hadapan manusia.

Dengan adanya pencerahan oleh penulis, karya ini tulus mengubah persepsi seseorang terhadap nasib yang di laluinya. Keadaan boleh bertukar menjadi suatu hal yang menyembuhkan asalkan saja seseorang itu mencuba meluaskan ufuk fikirannya dalam menyelesaikan permasalahan berlandaskan wahyu.

Sentuhan halus daripada penulis berjaya meluruhkan kata-kata indah dan jelas memandu pembaca kembali hidup berTuhan. Untuk itu, buku ini enak dinikmati karena dapat mempengaruhi kita menjana rezeki mengikut peraturan Allah yang selayaknya, dan mendidik diri sendiri berjuang dengan penuh keikhlasan tanpa menghirup sanjungan orang lain.

Tidak berjaya, tidak mengapa. Tidak kaya, tidak mengapa. Kerana, yang lebih penting dalam soal rezeki ini adalah dari sudut keberkahannya. Rumah yang kecil, bebas daripada hutang, hati yang tenteram dan jauh daripada permusuhan manusia juga merupakan rezeki daripada Tuhan.

Sebagai penutup, semoga di hari-hari yang mendatang cara pandang kita terhadap takdir Tuhan semakin membaik. Semoga buku ini menuntun kita untuk kekal bertahan melayani segala cobaan, agar kesulitan ini dapat menolong kita untuk bersangka baik kepada Tuhan.


Tentang Penulis



    Nama penuh Suriati Munal atau lebih dikenali dengan nama pena Syuhara Suriati. Berasal dari Sabah, Malaysia. Penulis antologi, cerpen, anekdot, artikel, puisi, majalah dan resensi buku. Sudah menerbitkan puluhan buku termasuk 3 buku solonya. Artikel penulis banyak menembusi laman web seperti Pertubuhan Ikram Malaysia, Jejak Tarbiah dan TZKRH.COM. Terbaharu karya penulis berjudul Be Solehah. Penyelenggara buku bawah Kismy (Komuniti Menulis Malaysia). Penulis muda ini juga pernah menulis 3 buku antologi bersama penerbit Rumedia dari Indonesia dan 2 judul buku antologi bawah Nulis Yuks. Penulis boleh dikenali di laman facebook Syuhara Suriati.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment
To Top